Pergi ke kandungan

Blues

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taj Mahal Blues Trio

Blues (ringkasan ungkapan Inggeris blue devils "kemurungan, kerunsingan akibat ketagihan arak, haru-biru")[1] adalah sejenis genre muzik berdasarkan penggunaan nada blue. Ia muncul di kalangan komuniti kulit hitam keturunan hamba abdi di Amerika Syarikat di mana lagu-lagu genre ini sering meluahkan nasib keperitan hidup seharian mereka[2] sambil menerapkan banyak unsur penting dibawa pengalaman mereka termasuk dari gereja (yakni lagu-lagu gospel) dan tempat kerja membanting tulang di ladang-ladang.

Blues turut mempengaruhi muzik popular Amerika dan Barat terkemudian, di mana ia menjadi akar kepada jazz, rhythm and blues, rock and roll, bluegrass, hip-hop, dan bentuk-bentuk muzik popular lainnya. Genre ini telah dimasyhurkan ke seluruh dunia dengan penerapan unsur setempat termasuk dalam rantau Nusantara: kugiran Blues Gang terkenal di Malaysia menyanyikan lagu-lagu genre ini berlatarbelakangkan pedalaman Negeri Sembilan malah menggunakan loghatnya sekali.[3]

  1. ^ Devi, Debra (2013). "Why Is the Blues Called the 'Blues'?" Huffington Post, 4 January 2013. Retrieved November 15, 2015
  2. ^ Oliver, Paul (1998). The story of the blues. Internet Archive. Boston, Mass. : Northeastern University Press. ISBN 978-1-55553-355-7.
  3. ^ Lockard, Craig A. (1991). "Reflections of Change: Sociopolitical Commentary and Criticism in Malaysian Popular Music since 1950". Crossroads. 6 (1): 74.