Pitbull
Pitbull | |
---|---|
![]() | |
Maklumat latar belakang | |
Nama lahir | Armando Christian Pérez ![]() |
Juga dikenali sebagai | Armando, Christian ![]() |
Kelahiran | 15 Januari 1981 ![]() Miami ![]() |
Warganegara | Amerika Syarikat ![]() |
Genre | Hip hop, Reggaetón |
Pekerjaan | Penyanyi rap, penyanyi, penulis lagu, ahli perniagaan, pelakon, dermawan, duta jenama dan penerbit rakaman ![]() |
Alat muzik | Suara ![]() |
Tahun aktif | 2001 ![]() |
Diskografi | Lihat: Pitbull discography (en) ![]() ![]() |
Syarikat rakaman | RCA Records TVT Records (en) ![]() Saban Music Group (en) ![]() J Records (en) ![]() Mr. 305 Inc. (en) ![]() Polo Grounds Music (en) ![]() Bad Boy Latino (en) ![]() Sony Music Entertainment ![]() |
Kegiatan berkaitan | Bun B, DJ Khaled, Lil Jon, Trick Daddy, Twista |
Pautan berkaitan | |
Tapak sesawang | pitbullmusic.com ![]() |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Armando Christian Pérez, atau Pitbull, (lahir 14 Januari 1981) adalah seorang penyanyi rap dari Amerika Syarikat dalam genre reggaeton, hip-hop dan crunk. Album pertamanya dikeluarkan pada 2004, bertajuk M.I.A.M.I. (kependekan Money Is a Major Issue) di bawah TVT Records. Sejak itu, dia telah mengeluarkan dua lagi album, El Mariel pada 2006 dan The Boatlift pada 2007.[1]
Sebanyak lebih 7.5 juta buah album studio dan lebih 100 juta buah single dari beliau laris dijual sedunia.[2] Beliau turut disenaraikan dalam majalah Billboard dalam tangga ke-45 Artis Terbaik (the Top Artist of the 2010s) dan tangga ke-24 Artis Latin Terbaik (Top Latin Artist of the 2010s) tahun 2010-an.[3][4]
Kerjaya muzik
[sunting | sunting sumber]2000-an
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah menjadi juruacara program bahasa Sepanyol La Esquina di saluran kabel Mun2.[5][6][7]
2010-an
[sunting | sunting sumber]Pitbull ada mengadakan suatu konsert '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei 2010 Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pihak penganjur mendakwa kemasukan Pitbull telah dua kali ditolak oleh Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa membidas Puspal kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi pada 15 Mei 2010. Temph masa ini "telah melanggar garis panduan tempoh persembahan sesebuah konsert". Biasanya pihak penganjur atas sebab-sebab tertentu, konsert dibenarkan hanya sehingga 1 pagi. Penganjur mestilah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah. [8]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- M.I.A.M.I. (2004)
- El Mariel (2006)
- The Boatlift (2007)
- Pitbull Starring in Rebelution (2009)
- Armando (2010)
- Planet Pit (2011)
- Global Warming (2012)
- Globalization (2014)
- Dale (2015)
- Climate Change (2017)
- Libertad 548 (2019)[9]
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Filem | Sebagai | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | La Gasolina: Reggaeton Explosion | Diri sendiri | Dokumentari |
2013 | Blood Money | Diri sendiri | |
2013 | Epic | Bufo | Sebagai pelakon suara |
2019 | UglyDolls | Ugly Dog | Sebagai pelakon suara versi Inggeris dan Sepanyol |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul | Sebagai | Catatan |
---|---|---|---|
2007 | Punk'd | Diri sendiri | |
2007–2008 | La Esquina | Diri sendiri | 2 episod; juga sebagai penerbit eksekutif dan penulis |
2010 | When I Was 17 | Diri sendiri | |
2012 | Shark Tank | Diri sendiri | Tetamu undangan |
2012 | Dancing with the Stars | Diri sendiri | Tetamu undangan |
2015 | Empire | Diri sendiri | Musim 2 Episod 4 |
Permainan video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul | Sebagai | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Scarface: The World Is Yours | Sebagai penyumbang suara |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ David Jeffries. "Pitbull – Biography". allmusic. Dicapai pada 2009-11-16.
- ^ Songwriters Hall of Fame (2017). "Armando Christian Pérez - Global Ambassador Award". songhall.org. Dicapai pada May 22, 2020.
- ^ Billboard (December 30, 2019). "Top Artists of the 2010s". billboard.com. Dicapai pada May 22, 2020.
- ^ Billboard (December 30, 2019). "Top Latin Artists of the 2010s". billboard.com. Dicapai pada May 22, 2020.
- ^ Hustle and Row: All Aboard Pitbull's Boatlift. Latinrapper.com. Retrieved on April 11, 2012.
- ^ Kristin Edelhauser (2007-09-25). "Viva Entrepreneurship". The Washington Post. The Washington Post Company. Dicapai pada 2009-08-17.
- ^ "Rapper Pitbull's New TV Show 'Pitbull's La Esquina'" (Siaran akhbar). mun2. March 21, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada November 8, 2007.
- ^ PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti
- ^ "Pitbull anunció el lanzamiento de su nuevo disco 'Libertad 547'". Telemundo. May 14, 2019. Dicapai pada May 15, 2019.